Khamis, 4 Mac 2010

KASIH YANG MANA SATU...????

KASIH YANG MANA SATU????
“Buang emak buang saudara,kerana kaseh saya turutkan”Mesti kita selalu dengar peribahasa ni kan..peribahasa yang membawa banyak maksud dan memberi pelbagai kesan dalm hidup seseorang.Kasih daripada keluarga adalah kaseh yang mula-mula kita terima..pernahkan tak kita ingat???mesti kita ingat kan..tapi kenapa kita mudah sangat menerima kaseh daripada orang luar yang belum pasti keikhlasannya????memang tak salah kita menambah koleksi orang-orang yang menyayangi kita.tapi perlukah kita terus melupakan kaseh yang pertama dan terus mengantikannya dengan kaseh yang kedua???kaseh yang manjanjikan mimpi yang gembira tanpa duka,yang menjadikan kita sebgai hero dan heroinnya,romeo dengan julietnya dan berbagai lagi laah..Bila kita menjadi watak pemerhati,memang kita akan katakan orang seperti ni memang macam orang gila,tidak berpijak di bumi yang nyata dan mereka ini lah orang yang tak tau diuntung sehingga sanggup membuang kaseh keluarga sendiri.Ketika kita duduk di posisi ni,memang kita mampu berfikir secara logik dan mampu membuat keputusan yang rasional.Tapi kadang-kadang kita akan bertukar watak,apabila kita diserang penyakit ini.MasyaALLAH..Janganlah kita diserang penyakit ini.
Penyakit ni bercampur dengan fitrah kita sebagai manusia,yang mahu menyayangi dan disayangi.Tapi awas jangan kita campurkan dengan perkara fitrah dan tidak syarie.Oleh itu ilmu amat penting untuk dijadikan senjata dan benteng pertahanan,agar kita tidak tewas dengan musuh-musuh kita yang bernama nafsu dan syaitan.

MEMANG SUSAH KALAU KITA..........

MEMANG SUSAH KALAU KITA…….
Memang susah kalu kita berhadapan dengan pilihan-pilihan yang memerlukan kita membuat keputusan yang terbaik dalam kalangan pilihan-pilihan yang baik.Tak kisah laah pilihan dalam apa-apa pun.Janji kita perlu membuat pilihan.Membuat pilihan memang payah,apabila kita memang takdek langsung tujuan dan matlamat.Kita akan Nampak kosong dan takdek ape baying-bayang.Lagi susah apabila keputusan tu berkait rapat dengan kehidupan kita pada masa hadapan.Memberi kesan pada hari mendatang,antara rasa rugi atau untung.Bukan duit jer boleh buat orang tu untung atau rugi….contohnya untuk membuat keputusan dalam menyambung pelajaran.memang akan membawa kesan yang mendalam,bilamana kita berhadapan dengan pelbagai masalah dan kekangan apabila kita dah buat keputusan.Datanglah satu makhluk yang tak jemu-jemu menghasut anak Adam ni,sehingga lahirlah satu perasaan tidak redha dengan takdir.MasyaALLAH..Jauhkan lah..Maka disini lah pentingnya istighfar dan sedar segala kesilapan yang dilakukan..tetapi bila kita sabar dan terus berusaha …kita kan jumpa hikmahya..mengapa pilihan ini ditakdirkan untuk kita…kalau kita berhadapan dengan pilihan dalam soal jodoh,maka fikir-fikirkan laah…